Luar Negara

Pejuang Hamas bebaskan empat anggota tentera wanita rejim zionis

GAZA CITY – Pejuang Hamas hari ini membebaskan empat tentera wanita Israel bagi memenuhi syarat perjanjian gencatan senjata yang menghentikan perang di Gaza.

Kesemua empat wanita tersebut ditahan sejak 7 Oktober 2023, dan disahkan sebagai Karina Ariev, Daniella Gilboa, Naama Levy, dan Liri Albag.

Keempat-empat mereka ditawan di Pangkalan Tentera Nahal Oz, hanya satu kilometer dari sempadan Gaza.

Untuk rekod, ini merupakan pembebasan kedua di bawah perjanjian.

Israel pula dijangka membebaskan sekumpulan tahanan Palestin, namun belum mengumumkan jumlah sebenar yang akan dibebaskan.

Menurut perkhidmatan penjara Israel, sebahagian tahanan akan dibebaskan ke Gaza, manakala selebihnya ke Tebing Barat yang diduduki.

Pada pusingan pertama pembebasan minggu lalu, Hamas membebaskan tiga tebusan wanita, manakala pihak rejim zionis pula membebaskan 90 tahanan Palestin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button