Pasukan penyelamat temukan bangkai pesawat bawa Ketua Turus Angkatan Tentera Libya
ISTANBUL – Bangkai jet peribadi yang membawa lima penumpang, termasuk Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya, Jeneral Mohamed Ali Ahmed Al-Haddad ditemukan di selatan ibu negara Turkiye selepas terputus hubungan sejurus berlepas dari Ankara.
Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, bangkai jet perniagaan jenis Falcon 50 yang berlepas dari Lapangan Terbang Esenboga, Ankara menuju ke Tripoli itu ditemukan oleh pasukan gendarmerie kira-kira dua kilometer di selatan Kampung Kesikkavak di daerah Haymana.
Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan Menteri Kehakiman Turkiye, Yilmaz Tunc sebagai berkata, pihak pendakwa raya telah melancarkan siasatan berhubung nahas itu.
Sebelum ini, Yerlikaya memaklumkan, hubungan dengan jet bernombor pendaftaran 9H-DFJ itu terputus pada kira-kira pukul 8.52 malam waktu tempatan (1752 GMT), sejurus selepas berlepas pada pukul 8.10 malam (1710 GMT).
Tambahnya, pesawat itu sempat menghantar pemberitahuan pendaratan kecemasan berhampiran Haymana, namun tiada komunikasi lanjut selepas itu.
Pihak berkuasa akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa, tambah Yerlikaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








