Luar Negara

Parlimen Singapura dibubar hari ini

SINGAPURA – Parlimen Singapura dibubarkan hari ini bagi membuka laluan pilihan raya umum (PRU) yang dijangka diadakan dalam masa tiga bulan.

PRU ini akan menjadi ujian pilihan raya pertama bagi Perdana Menteri Lawrence Wong, yang mengambil alih kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) daripada perdana menteri terdahulu, Lee Hsien Loong, pada Mei 2024, lapor Reuters.

Part tersebut pasti akan terus mendominasi dan memenangi majoriti kerusi dipertandingkan seperti yang berlaku dalam setiap pilihan raya sejak kemerdekaan pada tahun 1965.

Bagaimanapun, peratusan undi popular yang diraih parti itu akan diperhatikan dengan teliti selepas prestasi terburuk mereka dalam pilihan raya terakhir pada tahun 2020.

PRU ini juga berlangsung ketika suasana ekonomi yang suram, apabila tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijangka menjejaskan aktiviti ekonomi negara yang bergantung kepada perdagangan tersebut.

Semalam, Singapura menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonominya bagi tahun 2025 kepada antara 0 ke 2 peratus, berbanding ramalan sebelumnya iaitu antara 1 hingga 3 peratus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button