
Paetongtarn Shinawatra dilantik secara rasmi sebagai PM Thailand
BANGKOK – Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi melantik Paetongtarn Shinawatra sebagai Perdana Menteri baharu negara itu, hari ini.
Paetongtarn, 37, yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin muncul sebagai individu termuda yang dilantik ke jawatan berkenaan.
Beliau menerima perintah bertulis rasmi daripada Raja Maha Vajiralongkorn untuk membentuk kerajaan dalam satu upacara di ibu pejabat stesen televisyen pro-Thaksin, pada pukul 9.30 pagi tadi (waktu tempatan).
Mengulas mengenai pelantikannya, Paetongtarn berharap tidak akan mengalami nasib sama seperti dihadapi oleh bapanya serta ibu saudara, Yingluck yang kedua-duanya digulingkan susulan rampasan kuasa pihak tentera.
Beliau yang mengetuai kerajaan gabungan dipimpin partinya, Pheu Thai dengan turut dianggotai beberapa kumpulan pro-tentera yang menentang Thaksin.
Jawatan Perdana Menteri Thailad dikosongkan selepas Mahkamah Perlembagaan memecat bekas Perdana Menteri, Srettha Thavisin dan membubarkan parti pembangkang utama, minggu lepas.
Srettha dipecat selepas mahkamah memutuskan beliau melanggar etika dengan melantik anggota Kabinet yang memiliki sabitan jenayah lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






