HIBURANLUAR NEGARA

Opal Suchata dinobat Miss World 2025

BANGKOK – Wakil Thailand, Opal Suchata Chuangsri, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Miss World 2025 di Hyderabad, India, pada 31 Mei lalu.

Kemenangan itu menjadikan Opal sebagai wanita Thailand pertama yang meraih gelaran tersebut dalam sejarah 72 tahun pertandingan berprestij itu.

Opal, 21, yang berasal dari Phuket, merupakan pelajar jurusan Sains Politik di Universiti Thammasat dan beliau fasih berbahasa Thai, Inggeris dan Mandarin.

Kemenangan Opal turut mendapat perhatian Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra yang mengucapkan tahniah melalui media sosial.

Beliau berkata, kejayaan Opal memberi inspirasi kepada golongan muda Thailand untuk merealisasikan impian mereka.

Dalam kenyataannya, Opal berharap kemenangannya akan menjadi pendorong kepada belia Thailand untuk tidak pernah putus asa dalam mengejar cita-cita.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Thailand atas sokongan yang diberikan serta berjanji akan terus mengharumkan nama negara dalam semua aktiviti berkaitan gelaran tersebut.

Selain Opal, pemain badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn, turut mencipta sejarah apabila menjadi pemain lelaki pertama dari Thailand yang berjaya mencapai kedudukan nombor satu dunia.

Paetongtarn berkata, kejayaan kedua-dua individu itu membuka lembaran baharu dalam sejarah negara Thailand.

Pertandingan Miss World 2025 menyaksikan penyertaan 108 peserta dari seluruh dunia dengan Hasset Dereje Admassu dari Ethiopia dinobatkan sebagai naib juara.

Opal menerima mahkota daripada penyandang terdahulu, Krystyna Pyszková dari Republik Czech.

Kemenangan Opal bukan sahaja membanggakan Thailand tetapi menjadi simbol kekuatan dan ketabahan wanita muda dalam menghadapi cabaran dan mengejar impian mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button