
Netanyahu hanya mahu kemenangan mutlak di Gaza
TEL AVIV – Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu hanya mahukan kemenangan mutlak di Tebing Gaza dan menegaskan tiada sebarang tawaran diberikan bagi menamatkan perang dengan pejuang Hamas dan kumpulan lain.
Kenyataan itu sekaligus menepis semua laporan media berkaitan sebarang tawaran termasuk pertukaran tawanan.
Kenyataan Netanyahu itu turut memaklumkan, rejim zionis tidak akan berundur dari Gaza.
Malah, ribuan tahanan Palestin yang sedang berada dalam penjara Israel juga tidak akan dibebaskan.
Terdahulu, menteri keselamatan sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir mengeluarkan kenyataan sekiranya kerajaan Israel memasuki sebarang perjanjian yang tidak memihak kepada mereka, kemungkinan akan berlaku pembubaran gabungan.
Pada masa sama, pemimpin parti pembangkang, Yair Lapid, yang juga pengkritik tegar Netanyahu, mengeluarkan kenyataan apa sahaja perjanjian dilakukan kerajaan Israel untuk membawa pulang tawanan, dia berikrar untuk memberikan sebarang jenis sokongan.
Ini termasuk mengambil alih pentadbiran kerajaan sekiranya parti sayap kanan memutuskan untuk keluar dari gabungan, menambah lagi tekanan yang semakin memuncak kepada Netanyahu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






