LUAR NEGARA

Nahas Jeju Air: Laporan awal didedahkan Isnin depan

SEOUL – Laporan awal nahas pesawat Jeju Air pada 29 Disember tahun lalu akan didedahkan Isnin depan.

Kementerian Pengangkutan Korea Selatan dalam satu kenyataan hari ini berkata, laporan tersebut akan dihantar kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) serta pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Perancis, dan Thailand.

Sebelum ini, kementerian itu turut mendedahkan juruterbang pesawt malang itu telah mengisytihar kecemasan selepas pesawat berlanggar dengan sekumpulan burung susulan terdapat kesan bulu dan darah ditemui di kedua-dua enjin pesawat.

Nahas pesawat Jeju Air B737-800 itu berlaku apabila pesawat malang itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan lalu meletup setelah merempuh struktur konkrit, mengorbankan 179 daripada 181 penumpang di dalamnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button