
Nahas Air India: Kotak hitam kedua ditemukan
AHMEDABAD – Pasukan penyiasat berjaya menemukan kotak hitam kedua pesawat Air India 171 yang jatuh terhempas ketika dalam penerbangan dari Ahmedabad ke London yang mengorbankan sekurang-kurangnya 279 orang, baru-baru ini.
Pembantu Kanan kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, PK Mishra dalam satu kenyataan berkata, perakam suara kokpit (CVR) itu ditemukan semalam, lapor AFP.
Pasukan penyelamat sebelum ini telah berjaya menemukan perakam data penerbangan (FDR) Jumaat lalu iaitu sehari selepas kejadian berkenaan.
Daripada keseluruhan 242 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan, hanya seorang penumpang terselamat apabila pesawat itu terhempas di kawasan perumahan di Ahmedabad, khamis lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 38 kematian turut membabitkan penduduk di sekitar kawasan kejadian.
Mishra berkata, Biro Penyiasatan Nahas Udara (AAIB) sudah melakukan siasatan terperinci, manakala Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB) juga menjalankan siasatan selari mengikut protokol antarabangsa memandangkan pesawat itu buatan Amerika Syarikat (AS).
“Pegawai mengesahkan bahawa FDR dan CVR berjaya ditemukan dan disimpan dengan selamat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, beberapa pakar memberi amaran bahawa masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai punca pesawat berkenaan terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |