LUAR NEGARA

Meta mula padam akaun media sosial remaja Australia

SYDNEY – Firma teknologi Amerika Syarikat (AS), Meta mula memadam akaun remaja Australia berusia bawah 16 tahun di platform media sosialnya hari ini.

Tindakan itu selaras keputusan kerajaan Australia untuk melarang penggunaan platform media sosial popular, termasuk Snapchat, TikTok, YouTube, Reddit, Twitch dan X, bagi kanak-kanak bawah 16 tahun mulai 10 Disember.

Syarikat media sosial yang gagal memadam akaun milik pengguna bawah 16 tahun berdepan denda sehingga AU$49.5 juta (AS$32 juta).

Walaupun undang-undang itu hanya berkuat kuasa secara rasmi pada 10 Disember, Meta telah mula memadam akaun Instagram, Facebook dan Threads pada 4 Disember, lapor penyiar ABC.

Semakin banyak negara mengambil langkah untuk mengehadkan pengaruh media sosial terhadap generasi muda.

Denmark, Perancis, Sepanyol, Greece, Indonesia, Malaysia dan Turkiye dilaporkan sedang menimbangkan sekatan umur mandatori bagi pengguna media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button