LUAR NEGARA

Mahkamah sahkan pelakon China dihukum mati kerana bunuh teman wanita

BEIJING – Seorang penyanyi dan pelakon China, Zhang Yiyang dilaporkan telah dihukum mati Disember tahun lepas atas kesalahan membunuh teman wanitanya yang berusia 16 tahun.

Portal AsiaOne melaporkan Zhang, yang ketika itu berusia 34 tahun, merupakan selebriti pertama di China yang dijatuhi hukuman mati.

Di China, kesalahan hukuman mati dilaksanakan dengan menggunakan skuad penembak.

Menurut dokumen mahkamah yang didedahkan oleh pihak berkuasa Xianyang, wilayah Shaanxi, Zhang dan teman wanitanya mula menjalinkan hubungan sejak September 2021.

Namun, setiap kali mangsa ingin menamatkan hubungan, Zhang enggan dan sering mengugut akan membunuh diri.

Bagaimanapun, pada 26 Februari 2022, Zhang, yang ketika itu berusia 30 tahun, telah memujuk teman wanitanya itu ke kawasan hutan di bandar Xingping, Wilayah Shaanxi, kononnya untuk menyambut hari lahir bersama.

Mereka sekali lagi bertengkar, dan Zhang dipercayai bertindak menikam leher mangsa beberapa kali menggunakan pisau lipat yang dibawanya, hingga menyebabkan kematian mangsa.

Selepas melakukan perbuatan kejam itu, dia pulang ke rumah untuk menukar pakaiannya sebelum membuang pakaian tersebut serta telefon bimbit mangsa ke dalam sungai.

Dokumen mahkamah turut mendedahkan Zhang cuba membunuh diri di sebuah hotel, namun ditemui oleh kakitangan hotel yang segera memaklumkan kepada pihak polis.

Zhang kemudiannya dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh dengan niat dan dihukum mati pada 18 Disember 2024.

Filem lakonannya, Jie You Yin Sheng Guan, ditayangkan selepas kematiannya pada Mac tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button