LUAR NEGARA

Mahkamah perintah lelaki bunuh pelajar Malaysia bayar pampasan kepada keluarga

TAIPEI – Mahkamah Daerah Shilin semalam mengarahkan seorang lelaki tempatan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Januari 2024 kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, membayar lebih NT$6 juta (AS$196,020) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Laporan Agensi Berita Pusat (CNA) menyebut, tertuduh, Chen Po-yen diperintah membayar NT$3,010,355 dan NT$3,369,999 masing-masing kepada ibu dan bapa pelajar universiti wanita yang dicekiknya sehingga mati, dengan faedah tahunan lima peratus dikira mulai Ogos 2023.

Keputusan mahkamah itu, bagaimanapun, boleh dirayu.

Chen yang berusia 30 tahun ketika kejadian, kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh pelajar universiti dikenali dengan nama keluarga Chai pada Oktober 2022.

Mahkamah mendapati Chen bersalah atas tuduhan membunuh pada Januari, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Taiwan, Jun lalu.

Chen mengaku mencekik Chai sehingga mati di rumah sewanya selepas mangsa enggan memulangkan sebahagian daripada NT$99,999 yang telah dipindahkan ke dalam akaunnya, menurut kenyataan Mahkamah Daerah Shilin pada Januari.

Chai yang berusia 24 tahun ketika kejadian sedang menuntut di sebuah universiti di Taipei dan bekerja sebagai model sambilan serta penstrim langsung di media sosial, menurut polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button