
LUAR NEGARA
Maghribi dilanda gempa bumi, angka korban dijangka meningkat
RABAT – Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Maghribi pada malam Jumaat.
Agensi Xinhua yang memetik media tempatan berkata, lebih 20 kematian dilaporkan di bandar pelancongan Marrakech, 320 kilometer (km) selatan ibu kota Rabat, dan empat di wilayah Ouarzazat, manakala jumlah korban dijangka meningkat.
Pihak berkuasa menjangkakan angka korban akan meningkat setelah operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan.
Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter itu melanda Maghribi pada 11.11 malam waktu tempatan (2211 GMT), dengan pusat gempa berpusat kira-kira 70 km barat daya Marrakesh pada kedalaman 18.5 km.
Gempa bumi dirasai di kebanyakan bandar di seluruh Maghribi, termasuk Rabat dan Casablanca.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |