Luar NegaraSukan

Liverpool kukuhkan cengkaman takhta liga, benam Everton 1-0 di Anfield

LIVERPOOL – Liverpool terus mengorak langkah dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Everton 1-0 dalam aksi derby Merseyside di Anfield, pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Diogo Jota pada minit ke-57 hasil hantaran Luis Diaz, sekali gus memastikan tiga mata penuh buat pasukan kendalian Arne Slot.

Liverpool
Diego Jota

Liverpool bermula dengan tempo tinggi, namun Everton memberi saingan sengit dan hampir membuka jaringan menerusi percubaan Beto yang terkena tiang gol pada separuh masa pertama.

Selepas rehat, Liverpool menggandakan asakan dan akhirnya memecah kebuntuan apabila Jota memanfaatkan hantaran Diaz untuk melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum merembat bola menewaskan Jordan Pickford.

Gol itu membangkitkan semangat penyokong di Anfield, yang semakin optimis pasukan mereka bakal mengesahkan kejuaraan liga tidak lama lagi.

Perlawanan turut dicemari insiden kekasaran apabila James Tarkowski mengasari Alexis Mac Allister, namun tidak dikenakan kad merah walaupun selepas semakan VAR, keputusan yang mencetuskan kemarahan penyokong tuan rumah.

Curtis Jones yang beraksi di posisi bek kanan turut mencuri tumpuan dengan aksi cemerlang, meskipun bermain di luar posisi asalnya.

Pengadil Sam Barrott turut menjadi perhatian apabila memberikan beberapa keputusan kontroversi, termasuk melayangkan kad kuning kepada Darwin Nunez selepas perlanggaran dengan Pickford.

Dengan kemenangan itu, Liverpool kini hanya memerlukan 13 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan.

Slot pastinya mahu anak buahnya mengekalkan momentum apabila bertandang ke Fulham dalam aksi liga seterusnya pada 6 April ini.

Kesebelasan Utama: Liverpool: Kelleher; Jones, Konate, Van Dijk, Robertson; Gravenberch, Szoboszlai, Mac Allister; Salah (Endo 90+2’), Diaz (Gakpo 85’), Jota (Nunez 75’).

Everton: Pickford; O’Brien, Tarkowski, Branthwaite, Mykolenko; Gueye, Garner (Iroegbunam 78’), Doucoure; Harrison (Ndiaye 69’), Alcaraz (Young 78’), Beto (Broja 79’).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button