LUAR NEGARA

Lima lagi dilapor meninggal dunia akibat gelombang haba

SEOUL – Lima individu dilaporkan meninggal dunia akibat gelombang haba di Korea Selatan, menjadikan angka kematian setakat ini mencecah 13 orang.

Menurut agensi berita Yonhap hari ini, tiga kematian dilaporkan di bandar Gwangju dan Wilayah Gyeongsang Utara kelmarin, manakala dua lelaki berusia 90-an ditemukan mati di bandar Suncheon, semalam.

Sementara itu, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), seramai 1,546 orang dilaporkan mengalami penyakit berkaitan haba setakat ini.

Sebagai tindak balas, kerajaan mengaktifkan sistem pemantauan intensif terutamanya terhadap warga emas dan kumpulan rentan lain.

Gelombang haba dijangka berterusan sekurang-kurangnya 10 hari lagi, menurut agensi cuaca.

Minggu lalu, kementerian dalam negeri mengeluarkan amaran gelombang haba tertinggi dan meningkatkan tahap tindak balasnya kepada Tahap 1, iaitu tahap tertinggi dengan suhu mencecah sekitar 40 darjah Celcius di beberapa kawasan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button