LUAR NEGARA

Lelaki panjat Big Ben, kibar bendera Palestin ditahan

LONDON – Seorang lelaki yang memanjat menara Big Ben dengan membawa bendera Palestin dan turun selepas 16 jam berada di situ, ditahan polis hari ini.

Jurucakap Polis Metropolitan sebelum ini berkata, mereka dimaklumkan mengenai tindakan lelaki itu di Menara Elizabeth (Big Ben) pada pukul 7.24 pagi semalam.

Lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu dilaporkan mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan ‘Bebaskan Palestin’, dan memberitahu dia hanya akan turun ‘mengikut syaratnya sendiri’, lapor Sky News.

Pasukan kecemasan terpaksa menggunakan kren untuk berunding dengan lelaki itu dan dia akhirnya bersetuju untuk turun, setelah 16 jam berada di atas menara itu.

“Kami bekerjasama dengan agensi lain termasuk Pasukan Bomba London dan mengerahkan pegawai khas bagi menyelesaikan krisis ini secepat mungkin sambil mengurangkan risiko kepada nyawa,” kata jurucakap Polis Metropolitan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button