Luar Negara

Lelaki cuba bakar al-Quran cedera diserang

LONDON – Cubaan seorang lelaki melakukan protes dengan membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di sini semalam gagal apabila tindakannya dihalang oleh orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Bahkan, dia turut tercedera apabila salah seorang daripada individu tersebut bersenjatakan pisau, menyerang lalu mengelarnya.

Insiden tersebut tidak mendapat liputan meluas media United Kngdom (UK), namun berdasarkan maklumat dikumpul menerusi X, lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu cedera di jari dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Akaun X @riskintelgroup berkata, seorang lelaki ditahan berikutan insiden berkenaan kerana disyaki memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan.

Difahamkan, ini kejadian kedua protes dengan membakar al-Quran berlaku di UK bulan ini, di mana kejadian pertama berlaku Feb 2 lalu di Manchester yang dilakukan oleh individu dipercayai pro-Israel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button