
LUAR NEGARA
Kereta api bertembung, sekurang-kurangnya 15 maut
BHAIRAB – Sekurang-kurangnya 15 penumpang terbunuh dalam nahas dua buah kereta api bertembung di daerah Kishoreganj, Bangladesh pada awal pagi Selasa.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku apabila sebuah kereta api kontena merempuh kereta api Ekspres Egarosindhur dari belakang di Bhairab, 80 kilometer di timur laut Dhaka.
Ketika nahas, kereta api kontena itu sedang dalam perjalanan dari Chattogram ke Dhaka.
Setakat ini, 100 penumpang turut cedera akibat insiden berkenaan.
Operasi menyelamat mangsa oleh bomba juga disertai ratusan sukarelawan dan penduduk tempatan.
Punca sebenar nahas masih dalam siasatan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






