Luar Negara

Kerajaan Thai isytihar darurat susulan gempa bumi magnitud 7.7 di Myanmar

BANGKOK – Situasi di bandar raya ini menjadi cemas apabila gegaran akibat gempa bumi di Myanmar, hari ini turut dirasai penduduk kota ini.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kerosakan di Myanmar, namun situasi di Bangkok dilaporkan huru-hara, memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat bencana berkuat kuasa serta merta, lapor The Guardian.

Gegaran itu cukup kuat sehingga menyebabkan air melimpah keluar dari kolam renang, termasuk yang terletak di bangunan tinggi.

Setakat ini, sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Bangkok, dilaporkan runtuh, dengan 30 pekerja pembinaan difahamkan terperangkap.

Untuk rekod, lebih 17 juta orang tinggal di kota metropolitan Bangkok, dengan kebanyakannya tinggal di pangsapuri bertingkat.

Terdahulu, satu gempa bumi kuat pada magnitud 7.7 mengegarkan Myanmar, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, gegaran tersebut turut dirasakan sehingga ke ibu kota Thailand, Bangkok yang terletak kira-kira 1,400 kilometer (km) dr titik gegaran.

Pusat gempa bumi yang berlaku pada hari ini dikesan cetek, dengan kedalaman hanya 10km dan berpusat berhampiran bandar Mandalay di tengah Myanmar, kira-kira 50km ke timur bandar Monywa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button