LUAR NEGARA

Kapal TNI AL terbakar, anak kapal terselamat

JAKARTA – Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar di Sulawesi Selatan, hari ini.

TNI AL dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua anak kapal KRI Teluk Hading-538 terselamat dan berjaya dipindahkan ke kapal penunda, TB Bahtera Zalfa yang kebetulan melintas ketika kejadian.

Difahamkan, bahagian tengah kapal perang jenis Frosch I 108 itu dilaporkan terbakar pada sekitar pukul 2.15 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi.

Punca dan kronologi kebakaran kapal itu masih dalam siasatan manakala tiada laporan mengenai kecedaraan kru setakat ini.

KRI Teluk Hading-538 yang mengalami kerosakan kemudiannya ditunda menuju ke daratan terdekat untuk pemeriksaan, kata TNI AL lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button