Luar Negara

Kapal selam bawa pelancong ke bangkai Titanic hilang

LONDON – Sebuah kapal selam pelancongan yang digunakan bagi menyaksikan bangkai kapal Titanic dilaporkan hilang di lautan Atlantik.

Pengendali kapal selam itu, OceanGate dalam satu kenyataan berkata, antara yang berada dalam kapal selam itu ketika kejadian adalah jutawan Britain, Hamish Harding.

Sementara itu, menurut pengawal pantai Amerika Syarikat, hubungan dengan kapal selam itu hilang kira-kira satu jam 45 minit selepas ia berlepas.

Ketika ini, usaha mencari kapal selam itu diperhebatkan dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan serta syarikat penyelaman, kata BBC.

OceanGate mengenakan bayaran sebanyak RM1.2 juta setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic.

Bangkai kapal tersebut terletak pada kedalaman 3,800 meter, kira-kira 700 kilometer ke selatan Saint John’s, Newfoundland.

Kapal selam OceanGate yang hilang itu mampu memuatkan lima orang dengan bekalan oksigen selama empat hari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button