
Jet pejuang tidak sengaja gugurkan bom di kawasan awam, 7 cedera
SEOUL – Tujuh tercedera dengan empat daripadanya parah apabila sebuah jet pejuang KF-16 milik Tentera Udara Korea Selatan (KAF) secara tidak sengaja menggugurkan lapan butir bom di kawasan awam sewaktu latihan ketenteraan, hari ini.
Insiden tersebut berlaku sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) tadi di bandar Pocheon yang terletak berhampiran sempadan dengan Korea Utara, lapor BBC.

“Jet pejuang KF-16 kami secara tidak sengaja menggugurkan lapan butir bom MK-82.
“Ia mendarat di luar kawasan sasaran,” kata KAF dalam satu kenyataan kepada BBC.
Difahamkan, hanya satu bom dipercayai meletup dalam insiden itu.
Sehubungan itu, kesemua penduduk di kawasan berkenaan telah dipindahkan segera.
Pihak berkuasa tempatan berkata, pasukan pemusnah bom jini sedang berusaha mengesan dan memusnahkan tujuh lagi bom yang digugurkan namun tidak meletup.
Sementara itu, menurut media tempatan, dua orang mengalami patah di bahagian leher dan bahu, manakala seorang lelaki berusia 60 tahun yang sedang memandu ketika letupan berlaku mengalami kecederaan dengan serpihan bom tertanam di lehernya, lapor Yonhap.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment