LUAR NEGARA

Israel sambung larangan Mufti Besar Baitulmaqdis masuk Masjid Al-Aqsa selama enam bulan

LONDON – Pihak berkuasa Israel dilaporkan melanjutkan perintah larangan masuk Mufti Besar Baitulmaqdis dan Wilayah Palestin, Sheikh Mohammed Hussein ke Masjid Al-Aqsa berikutan khutbahnya mengenai Gaza.

Peguam Sheikh Hussein berkata, larangan awal selama lapan hari itu kini dipanjangkan kepada enam bulan lagi, lapor Arab News.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin mengecam keputusan tersebut dan menyifatkannya sebagai usaha Israel untuk menyingkirkan pihak berautoriti agama dari Al-Aqsa.

“Larangan terhadap mufti ini adalah cubaan jelas mereka untuk mengosongkan Al-Aqsa daripada pihak berkuasa agama yang menentang rancangannya.

“Ia juga membuktikan tahap serta keluasan pelanggaran yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza, Tebing Barat secara umum dan Masjid Al-Aqsa secara khusus,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Larangan tersebut dikenakan selepas khutbah Jumaat pada hujung Julai lalu, di mana Sheikh Hussein mengecam dasar kebuluran yang dilaksanakan Israel terhadap kira-kira dua juta penduduk Gaza.

Pada 27 Julai, pihak berkuasa Israel memanggil Sheikh Hussein dan menyerahkan arahan pengusiran selama lapan hari daripada kawasan Masjid Al-Aqsa dengan notis bahawa ia boleh diperbaharui.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button