
Israel didakwa lancar serangan psikologi rahsia, sasar pegawai kanan tentera, pakar nuklear
WASHINGTON – Rejim zionis didakwa melancarkan serangan psikologi rahsia yang dikenali sebagai “Rising Lion” sejurus serangan udara ke atas Iran pada 13 Jun lalu.
Laporan Washington Post yang memetik sumber yang enggan dikenal pasti berkata, serangan tersebut menyasarkan pegawai kanan ketenteraan dan pakar nuklear Iran.
Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menamakan individu yang disasarkan.
Menurut sumber itu, individu yang disasarkan menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali, dipercayai ejen rahsia Israel.
“Ejen Israel yang fasih berbahasa Parsi telah menghubungi lebih 20 komander Iran, memberi amaran supaya mereka berpaling tadah atau berdepan pembunuhan.
“Seorang jeneral kanan diberi amaran “Anda ada 12 jam untuk melarikan diri.’
“Seorang lagi diberitahu, ‘Kami lebih dekat dengan anda daripada urat leher anda sendiri,'” kata laporan itu lagi.
Kempen itu bertujuan menggugat kepimpinan Iran menerusi melemahkan psikologi individu yang akan menggantikan pemimpin yang terbunuh dalam serangan atau menerusi misi pembunuhan, sekaligus mencetuskan ketakutan dan kekeliruan dalam kalangan pimpinan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan sektor nuklear negara itu.
Panggilan-panggilan tersebut dilaporkan disokong oleh pemantauan dron dan sistem sasaran berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Walaupun tiada kes pembelotan diketahui setakat ini, laporan perisikan menunjukkan berlaku gangguan dalaman antara pegawai tertinggi terlibat dengan pucuk pimp[inan kerajaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |