India, Pakistan setuju hentikan semua tindakan ketenteraan
NEW DELHI/ISLAMABAD – Dua negara yang sedang berperang, India dan Pakistan bersetuju untuk menghentikan semua tindakan ketenteraan di darat, udara dan laut bermula jam 5 petang (waktu India) hari ini.
Persetujuan itu disahkan menerusi kenyataan rasmi Setiausaha Kementerian Luar India, Vikram Misri, lapor Sinar Online.
Pengumuman itu dibuat beberapa minit selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan bahawa kedua-dua negara berjaya mencapai kata sepakat berhubung gencatan senjata penuh dan serta-merta hasil rundingan yang diusahakan oleh Washington.
Misri memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Operasi Tentera (DGMO) Pakistan telah menghubungi rakan sejawatannya di India pada jam 3.35 petang waktu tempatan, dan mereka bersetuju untuk menghentikan semua serangan. Arahan telah dikeluarkan kepada angkatan tentera kedua-dua negara untuk mematuhi persetujuan tersebut.
“Kedua-dua pihak bersetuju untuk berbincang semula pada 12 Mei, jam 12 tengah hari,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








