LUAR NEGARA

Hotel bajet di Bangkok terbakar, tiga warga asing maut

BANGKOK – Tiga warga asing dilaporkan maut, manakala tujuh lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hotel berhampiran kawasan popular untuk pelancong bajet, di sini malam tadi.

Laporan media tempatan memberitahu, seorang mangsa wanita maut di tempat kejadian, manakala dua mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di hospital.

Buat masa ini, pihak berkuasa masih lagi cuba mengesahkan kewarganegaraan kesemua mangsa yang terlibat.

Sementara itu, menurut Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, Hotel Ember tersebut terletak berhampiran kawasan Khao San yang terkenal dengan pelancong bajet serta bar dan hostel.

“Pihak berkuasa bertindak pantas dan penggera kebakaran berbunyi, tetapi asap merebak dengan cepat,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau turut memberitahu, ketika kejadian, terdapat 75 orang di dalam bangunan itu, dan 34 daripadanya diselamatkan dari atas bumbung hotel.

Susulan kejadian, beliau turut mengarahkan pemeriksaan menyeluruh terhadap laluan kecemasan di hotel dan tempat hiburan di seluruh bandar.

“Kita perlu membina keyakinan dan menjaga pelancong,” kata Chadchart lagi.

Pelancongan merupakan antara pemacu utama ekonomi Thailand, dan setakat 1 Disember tahun ini, telah mencatat 32 juta kedatangan pelancong asing, meningkat 28 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan perbelanjaan mencecah 1.5 trilion baht (AS$43.6 bilion).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button