LUAR NEGARA

Gempa bumi magnitud 7.4 landa pantai timur Taiwan

HUALIEN, Taiwan – Satu gempa bumi kuat pada magnitud 7.4 melanda pantai timur Taiwan hari ini.

Menurut Reuters yang memetik kenyataan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), pusat gempa dipercayai terletak kira-kira 18 kilometer (11 batu) di selatan bandar Hualien.

Media Taiwan turut memaklumkan ada penduduk yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar tersebut.

Susulan gempa bumi kuat berkenaan, wilayah Okinawa di Jepun dilaporkan dilanda tsunami.

Menurut laporan, tsunami berketinggian 30 sentimeter mula melanda Pulau Yonaguni pada jam 9.18 pagi waktu tempatan bersamaan 8.18 pagi tadi waktu Malaysia.

Gelombang tsunami setinggi tiga meter turut dijangka melanda kawasan pantai tenggara Jepun dalam tempoh terdekat.

Selain Jepun, Filipina turut mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk berhampiran Lautan Pasifik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button