LUAR NEGARA

Gara-gara ugutan seks, pekerja kilang ‘disabit’ depan ahli keluarga

SAMPANG – Berang kerana adik perempuan kerap diganggu, dua adik beradik lelaki bertindak menamatkan hidup seorang pemuda menggunakan sabit.

Kejadian di Kampung Mambulu Barat, Jawa Timur itu dilakukan suspek di depan ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Murdiono, 29.

Ketua Bahagian Operasi (KBO) Unit Siasatan Jenayah Polis Pasuruan, Iptu Sunarti berkata, suspek dikenali sebagai Abdul Rosyid, 28 dan Abdur Rohman, 26.

Kejadian dikatakan berlaku selepas adik kedua suspek mengadu sering diganggu termasuk ugutan rogol oleh mangsa yang merupakan seorang pekerja kilang.

“Adik suspek (22 tahun) memberitahu suspek bahawa mangsa sering mengugut untuk merogol, menunjukkan video lucah dan mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Berang dengan perlakuan itu, suspek telah ke rumah mangsa di Desa Beji dan membunuh mangsa di depan ahli keluarganya menggunakan sabit,” katanya memetik laporan Detik.

Iptu berkata, kedua-dua beradik itu kemudian menyerah diri kepada penduduk kampung mangsa sebelum diserahkan kepada polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button