
Fenomena ombak besar ragut 5 nyawa, 2 masih hilang
SYDNEY – Fenomena ombak besar yang melanda Pantai Timur Australia setakat ini sudah menyebabkan lima maut manakala dua lagi masih hilang.
Buat masa ini, pihak berkuasa tempatan sudah mengeluarkan amaran larangan mengunjungi kawasan pantai terutamanya di kawasan yang ‘tidak ditandakan’.
Semalam, anggota perkhidmatan kecemasan berjaya menyelamatkan seorang lelaki berhampiran Tathra di selatan New South Wales, sehari selepas seorang nelayan berusia 58 tahun dan dua lelaki lain meninggal dunia dalam insiden berasingan di seluruh negeri.
Usaha mencari dan menyelamat seorang lelaki yang ditarik ombak berhampiran Sydney masih diteruskan setakat ini, lapor media tempatan.
Sementara itu, di Victoria, seorang wanita ditemukan lemas, manakala seorang lelaki dilaporkan masih hilang selepas ditarik ombak berhampiran San Remo.
Polis Victoria berkata, seorang wanita daripada kumpulan itu berjaya menyelamatkan diri dan kembali ke pantai, manakala mangsa lain dilaporkan hilang.
Gabernor Victoria, Jacinta Allan, menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai ‘permulaan yang mengerikan’ pada hujung minggu perayaan Paskah.
“Fikiran saya adalah mengenai keluarga seseorang yang kehilangan nyawa mereka dalam keadaan yang tragis, dan berpotensi ada berita yang lebih sukar dalam tempoh akan datang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Surf Life Saving Australia, Adam Weir, mendesak pihak berwajib menempatkan anggota bagi memantau kawasan pantai, sabil memetik data sebelum ini yang merekodkan 630 orang lemas sepanjang dekad yang lalu.
“Lokasi pant
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |