SUKANLUAR NEGARA

EPL: Liverpool tampil waspada hadapi Manchester City di Anfield

LIVERPOOL – Liverpool bersedia melayani kunjungan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield tengah malam ini, dengan peluang untuk memperkukuhkan kedudukan di puncak liga.

Pengendali Liverpool, Arne Slot enggan terlalu yakin walaupun City kini dalam prestasi tidak menentu, setelah merekodkan lima kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Manchester City, di bawah kendalian Pep Guardiola, baru-baru ini mencatat keputusan seri 3-3 menentang Feyenoord dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), walaupun telah mendahului tiga gol. Keputusan itu mengundang kritikan terhadap ketahanan fizikal dan mental skuad juara bertahan EPL itu.

Liverpool kini memimpin carta EPL, hanya memerlukan kemenangan malam ini untuk melebarkan jurang 11 mata di tangga teratas liga.

Slot yang menggantikan Jurgen Klopp berjaya membawa pasukan itu ke kemuncak prestasi dengan 17 kemenangan daripada 19 perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk kemenangan 2-0 ke atas Real Madrid baru-baru ini.

“Kami sedar ini adalah perlawanan besar. Namun, saya tidak boleh terlalu yakin kerana City masih memiliki kualiti luar biasa,” katanya lagi.

Rekod lawatan Guardiola ke Anfield menunjukkan hanya satu kemenangan daripada sembilan kunjungan, dengan kali terakhir mereka menang 4-1 pada Februari 2021 dalam perlawanan tertutup.

Slot berkata, pasukamya tetap berwaspada dengan kemampuan taktikal Guardiola. Kelebihan Pep adalah kebolehannya mencari penyelesaian untuk sebarang masalah.

“Walaupun mereka kehilangan Rodri akibat kecederaan, saya tidak akan terkejut jika City tampil dengan strategi baharu,” katanya lagi.

Bagi Slot, kemenangan ke atas City bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan Liverpool di liga, tetapi juga reputasinya sebagai salah seorang jurulatih elit Eropah.

Adakah Anfield sekali lagi menjadi kubu kebal Liverpool, atau adakah Manchester City mampu memecahkan badi mereka di sini? Semua persoalan bakal terjawab dalam perlawanan yang dinantikan malam ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button