LUAR NEGARA

Dua juruterbang maut nahas FA-50PH Filipina

MANILA – Pasukan mencari berjaya menemukan bangkai pesawat pejuang ringan FA-50PH milik Tentera Udara Filipina (PAF) yang dilaporkan hilang ketika melaksanakan misi, semalam.

PAF dalam satu kenyataan hari ini berkata, bangkai pesawat malang itu ditemukan di kawasan Gunung Kalatungan, Bukidnon di Mindanao.

“Dukacita dimaklumkan, dua juruterbang yang berada dalam pesawat berkenaan terbunuh.

Pesawat malang itu berjaya ditemukan walaupun berdepan kesukaran, kerana lokasi pencarian dilitupi kabus tebal dan keadaaan muka bumi yang sukar,” kata PAF dalam kenyataan tersebut.

PAF turut berkata, buat masa ini, operasi kesemua pesawat FA-50PH miliknya digantung sementara menunggu hasil siasatan.

Laporan media semalam menyebut, kehilangan pesawat itu disedari apabila cubaan menghubunginya sebelum tiba di lokasi sasaran gagal.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button