
Demi dapatkan ‘followers’, pempengaruh Malaysia buat cerita palsu – Polis Indonesia
BANDUNG – Polis Indonesia mengesahkan pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras Abdullah yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini hanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.
Portal Kumparan News yang memetik sumber polis berkata, perkara itu diakui sendiri pempengaruh berkenaan ketika disoal siasat.
“Keterangan Ammar dan Aras menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal’.
“Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut,” kata Kapolsek Panyileukan, Kompol Kurnia.
Jelas beliau, pempengaruh tersebut tidak menyedari undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu.
“Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat,” katanya lagi.
Sehubungan itu, katanya, pempengaruh tersebut telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |