LUAR NEGARA

CEO Sritex ditahan bantu siasatan rasuah

JAKARTA – Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) gergasi tekstil Indonesia yang muflis, Sritex, ditahan bagi membantu siasatan berkenaan rasuah.

Pejabat Peguam Negara Indonesia dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan, penahanan Iwan Kurniawan Lukminto adalah disebabkan dakwaan penyelewengan berkaitan pinjaman bank yang diberikan kepada Sritex, lapor Reuters.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kes tersebut, jumlah pinjaman atau bank mana yang terlibat.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, pinjaman tersebut diberikan oleh sebuah bank milik kerajaan.

Sritex sebelum ini diisytiharkan muflis pada penghujung tahun lalu selepas bergelut untuk membayar hutangnya yang mencecah AS$1.6 bilion (RM6.83 bilion) Jun tahun lepas.

Ia menghentikan operasi pada 1 Mac selepas gagal dalam rayuannya terhadap keputusan muflis tersebut.

Sritex, yang pernah menghasilkan pakaian untuk jenama terkenal seperti H&M, Rip Curl dan Forever 21, serta pakaian seragam tentera untuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), telah terjejas akibat permintaan global yang lemah dan kemasukan fesyen import yang lebih murah.

Syarikat itu sedang mencari pelabur untuk menyewa asetnya bagi mengelakkan kejatuhan nilai.

Selepas diisytiharkan muflis, kira-kira 10,000 pekerja Sritex dilaporkan berdepan dengan pemberhentian kerja, menurut laporan media tempatan ketika itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button