
BRICS bukan pakatan ketenteraan – Kementerian Luar Rusia
MOSCOW – Kementerian Luar Rusia menegaskan, kesatuan BRICS tidak akan menjadi satu pakatan ketenteraan.
Kementerian tersebut dalam satu kenyataan berkata, BRICS hanyalah sebuah kesatuan pelbagai negara dengan ahli-ahli yang setara, lapor Sputnik Afrika.
“BRICS bukan, tidak pernah dan tidak akan menjadi sebuah kesatuan ketenteraan.
“BRICS bukanlah sebuah organisasi antarabangsa atau struktur integrasi, tetapi sebuah kesatuan pelbagai negara dengan ahli-ahli yang setara.
“Hubungan antara rakan-rakan BRICS adalah berasaskan kesaksamaan, saling menghormati, keterbukaan, pragmatisme, solidariti dan, yang paling penting sekali, tidak menentang sesiapa,” kata kementerian itu dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut merupakan ulasan kepada sebuah artikel yang diterbitkan di The Times pada bulan September, yang mengatakan bahawa pengembangan BRICS “harus menjadi kebimbangan bagi NATO.”
Kementerian itu turut berkata, pengembangan BRICS mencerminkan perubahan dalam ekonomi global dan mengukuhkan peranan negara-negara membangun dalam hal ehwal antarabangsa
“Kesatuan ini bertujuan untuk mewujudkan sistem ekonomi dunia yang adil dan multilateral serta sentiasa menyokong penyelesaian aman bagi pertikaian antarabangsa berdasarkan undang-undang antarabangsa dan menghormati kedaulatan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








