Luar Negara

Bekas Presiden Korea Selatan bakal didakwa atas tuduhan pemberontakan

SEOUL – Tindakan bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang cuba mengisytiharkan pemerintahan tentera pada Disember lalu menyebabkan pemimpin itu bakal didakwa esok.

Apa yang dilakukan Suk Yeol ketika itu juga telah mengheret negara demokratik tersebut berdepan krisis politik yang menggugat kestabilan Korea Selatan.

Suk Yeol akan berdepan perbicaraan jenayah atas tuduhan melakukan pemberontakan bermula esok.

Pada sesi pendengaran awal Februari lalu, peguam pemimpin itu berhujah bahawa penahanannya tidak mengikut prosedur.

Mahkamah kemudian menerima hujah itu dan beliau dibebaskan selepas 52 hari ditahan.

Penahanannya pada bulan Januari dalam satu serbuan ketika awal pagi berlaku selepas beberapa minggu beliau enggan bekerjasama dengan pihak polis dan pendakwa raya.

Situasi itu menjadikan Yuk Seol sebagai Presiden Korea Selatan pertama yang ditahan ketika masih memegang jawatan tersebut.

Jika disabitkan bersalah, Yoon bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Pada 3 Disember 2024, Suk Yeol cuba mengenakan pemerintahan tentera dengan mengarahkan penggantungan aktiviti politik dan penapisan media.

Bagaimanapun, dekri itu hanya bertahan selama enam jam sebelum ia ditolak oleh ahli parlimen pembangkang.

Disebabkan itu, Dewan Negara Korea Selatan dan Mahkamah Perlembagaan bertindak menggugurkan semua kuasa presiden yang dijawat beliau secara rasmi pada 4 April lalu.

Berikutan penyingkiran Suk Yeol, Korea Selatan dijadual mengadakan pilihan raya tergempar pada 3 Jun bagi memilih penggantinya.

Buat masa ini, negara itu ditadbir oleh pemangku presiden, Han Duck-soo.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button