Luar Negara

Bekas presiden AS meninggal dunia

WASHINGTON – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Pemergian Carter, 100, diumumkan anaknya, Chip Carter, dalam satu kenyataan kepada media.

“Bapa saya adalah seorang wira, bukan sahaja bagi saya tetapi kepada semua yang mempercayai keamanan, hak asasi manusia, dan kasih sayang.

“Saya, bersama saudara-saudara lelaki dan perempuan saya, berkongsi bapa kami dengan seluruh dunia melalui kepercayaan-kepercayaan bersama ini.

“Dunia adalah keluarga kami kerana cara beliau menyatukan manusia, dan kami berterima kasih kerana menghormati ingatannya dengan terus hidup dalam kepercayaan-kepercayaan ini,” kata Chip dalam kenyatan tersebut.

Carter merupakan presiden AS yang ke-39, dan hanya bertahan selama satu penggal sahaja sebelum tewas kepada presiden seterusnya, Ronald Reagan.

Mendiang kemudiannya bergiat aktif dalam hubungan antarabangsa dan sebagai aktivis hak asasi manusia, pernah diiktiraf pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2002.

Carter merupakan antara pengkritik terhadap pencerobohan Iraq pada tahun 2003, perang menggunakan dron, pengawasan kerajaan tanpa waran, dan juga penjara di Teluk Guantánamo.

Beliau turut terlibat dalam usaha perdamaian di Timur Tengah, dan pernah menulis buku Palestine: Peace Not Apartheid.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button