LUAR NEGARA

Bapa kepada 176 anak umum bersara sebagai penderma sperma

NEW YORK – Setelah hampir dua dekad ‘menyemai benih’ ke seluruh pelosok dunia, seorang lelaki mengumumkan persaraannya sebagai penderma sperma.

Digelar sebagai The Sperminator, Ari Nagel, 50, membuat keputusan tersebut sempena sambutan Hari Bapa semalam selepas memiliki 176 orang anak, menurut laporan New York Post.

Nagel bersama sebahagian wanita dan anak-anak yang dilahirkan daripada sperma yang didermakannya.

Nagel yang telah menyumbangkan spermanya secara percuma kepada wanita asing selama 17 tahun, merentasi 20 negeri, 10 negara dan lima benua mengakui, walaupun merasai dirinya kebal, spermanya tidak begitu.

“Lebih baik kalau mereka (wanita) cari lelaki yang lebih muda, itu lebih sihat. Lebih baik selamat daripada menyesal,” kata Nagel.

Ayah paling prolifik di Amerika Syarikat itu, kini berpasangan dengan seorang wanita berusia 22 tahun yang ditemuinya di galeri seni.

Nagel yang bertugas sebagai seorang pensyarah Matematik di College University New York Kingsborough dan bertubuh tinggi serta bermata biru, dijangka menyambut lima lagi kelahiran anak hasil sumbangan spermanya tahun ini.

Lelaki bermata biru ini menegaskan tindakannya menderma sperma demi meneruskan legasi sesebuah keluarga, bukan wang atau kemasyhuran.

Anehnya, dia tidak pernah meminta sebarang bayaran kepada wanita yang mahukan spermanya sekali gus membolehkan mereka menjimatkan kos ribuan dolar dan mengelak kerenah birokrasi dalam setiap permohonan.

“Legasi saya bukanlah wang atau kemasyhuran tetapi untuk keluarga,” ujar Nagel.

Katanya, tindakan menderma sperma secara percuma itu telah membantu ramai wanita merealisasikan impian untuk bergelar ibu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button