LUAR NEGARA

AS keluar WHO: Trump tandatangan perintah eksekutif

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mengeluarkan negara itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin, tindakan yang dianggap membawa perubahan besar dalam dasar kesihatan dan hubungan antarabangsa AS.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia membebankan kami. Semua orang membebankan Amerika Syarikat dan itu sudah berakhir. Ia tidak akan berlaku lagi,” kata Trump kepada wartawan selepas menandatangani perintah tersebut di Pejabat Oval.

Beliau turut mempersoalkan keadilan sumbangan kewangan AS kepada badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, yang jauh lebih tinggi berbanding negara lain.

Trump mendedahkan AS menyumbang sebanyak AS$500 juta (RM2.3 bilion) setiap tahun kepada WHO, manakala China hanya membayar AS$39 juta (RM181 juta).

“Nampak agak tidak adil bagi saya, walaupun itu bukan sebab utama. Saya putuskan untuk keluar… China membayar AS$39 juta, manakala kami membayar AS$500 juta dan China adalah negara yang lebih besar,” jelasnya.

Keputusan itu dijangka membawa kesan besar terhadap usaha kesihatan global, terutama ketika dunia masih bergelut dengan pelbagai cabaran kesihatan termasuk pandemik.

Langkah itu juga mencerminkan dasar Trump yang mahu memfokuskan kepentingan domestik AS sambil mengurangkan komitmen kepada organisasi antarabangsa.

Bagaimanapun, tindakan itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang mendakwa ia akan melemahkan peranan AS dalam menangani isu kesihatan global serta merugikan usaha kerjasama antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button