LUAR NEGARA

AS didakwa lancar operasi rahsia pindahkan ibu anggota tenteranya dari Gaza

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) didakwa melancarkan satu operasi rahsia di Gaza, baru-baru ini bagi memindahkan ibu kepada seorang anggota Tentera Laut AS keluar daripada wilayah berkenaan.

Operasi tersebut didedahkan portal NY Post yang memetik laporan Washington Post.

Laporan itu yang memetik sumber keselamatan berkata, operasi tersebut dilaksanakan dengan bantuan Israel dan Jordan.

Menurut Washington Post, koordinasi dengan pihak Israel melibatkan penghentian sementara serangan udara di Gaza.

“Ini bagi membolehkan wanita berkenaan Ahlam Firwanaahlam firwana, 59, tiba ke lintasan Kerem Shalom selepas perjalanan selama 19 jam dengan berjalan kaki.

“Operasi tersebut turut dibantu veteran tentera AS, termasuk anggota Persatuan Operasi Khas Amerika, dengan kos sebanyak AS$10,000 untuk pengangkutan dan logistik,” kata laporan tersebut.

Ahlam kini dlaporkan berada di Jordan sementara menunggu visa AS, manakala anaknya, Younis Firwana, terus berusaha mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan ahli keluarganya yang masih terperangkap di Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button