
Angka kematian dalam kebakaran pangsapuri di Valencia meningkat kepada 9 orang
MADRID- Angka kematian dalam kebakaran pangsapuri mewah di Valencia, timur Sepanyol meningkat daripada empat (semalam) kepada sembilan orang setakat ini.
Pihak berkuasa melaporkan, kebakaran yang bermula di tingkat empat bangunan 14 tingkat itu menyebabkan keseluruhan 138 unit kediaman musnah dijilat api.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Valencia Maria Jose Catala berkata, berdasarkan jumlah terkini mangsa maut itu, kes mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditutup.
Kejadian pada Khamis lalu diburukkan dengan tiupan angin kencang menyebabkan keseluruhan bangunan hangus dalam masa setengah jam.
Sekurang-kurangnya 22 pasukan bomba dikerahkan ke tempat kejadian namun usaha mengesan dan membawa keluar mangsa berdepan kesukaran ekoran suhu bangunan yang masih panas.

Pihak berkuasa juga menggunakan dron untuk mengesan mangsa yang terkorban.
Pihak polis dalam satu kenyataan menerusi aplikasi soisal X mengesahkan pihaknya telah mengenal pasti terdapat sembilan mangsa yang maut dalam kebakaran berkenaan.
Penduduk Valencia pula berpusu-pusu menyumbangkan pakaian, ubat-ubatan dan mainan untuk penduduk yang terselamat yang kehilangan semua barangan mereka dalam kebakaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






