Luar Negara

2 angkasawan terkandas di ISS sejak Jun akan kembali esok

CAPE CANAVERAL – Dua angkasawan Amerika Syarikat (S) yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun lalu akan kembali ke Bumi, petang esok.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam satu kenyataan berkata, Barry “Butch” Wilmore dan Suni Williams akan dihantar pulang bersama seorang lagi angkasawan AS dan seorang kosmonaut Rusia dengan menaiki kapal angkasa SpaceX Crew Dragon, yang tiba di ISS, awal pagi semalam.

Menurut portal The Guardian, Willmore dan Williams terkandas sejak sembilan bulan lalu apabila kapal angkasa Boeing Starliner yang diuji mereka uji mengalami masalah pendorongan dan dianggap tidak selamat untuk membawa mereka pulang ke Bumi.

NASA dalam kenyataan itu berkata, pendaratan mereka di luar pantai Florida, telah dipercepatkan kepada kira-kira pukul 5.57 petang Selasa (21:57 GMT) kerana keadaan cuaca yang dijangka mengizinkan.

Kepulangan mereka pada asalnya dijadualkan tidak lebih awal daripada hari Rabu.

“Sasaran kepulangan yang dikemas kini ini terus membolehkan kru ISS menyelesaikan tugas penyerahan sambil memberikan fleksibiliti operasi sebelum keadaan cuaca yang kurang menguntungkan dijangka pada penghujung minggu,” katanya dalam kenyataan itu.

Angkasawan NASA, Nick Hague, dan kosmonaut Roscosmos, Aleksandr Gorbunov, juga akan pulang bersama kapsul Dragon, dengan perjalanan mereka akan disiarkan secara langsung bermula malam Isnin apabila persiapan penutupan pintu mula dilakukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button