LUAR NEGARA

11 wartawan maut dalam konflik Israel – Hamas

ANKARA – Serangan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel ke atas bumi Palestin dan selatan Lebanon sehingga kini telah mengorbankan 11 nyawa wartawan.

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) dalam satu kenyataan berkata, sebahagian besar daripada wartawan terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Israel termasuk yang terbaharu seorang juruvideo agensi berita  Reuters.

“Dalam tujuh hari peperangan tercetus, sekurang-kurang 11 wartawan terbunuh, dua hilang dan dua lagi cedera.

“Pada 13 Oktober, seorang wartawan yang berpangkalan di Beirut terbunuh semasa serangan tentera Israel di selatan Lubnan,” katanya.

Daripada jumlah tersebut, sembilan merupakan wartawan warga Palestin manakala dua lagi adalah rakyat Lebanon dan Israel.

Wakil CPJ di Timur Tengah,, Sherif Mansour berkata, wartawan yang membuat liputan di Gaza bukan sahaja berdepan dengan serangan malah disukarkan lagi dengan ketiadaan bekalan elektrik dan air.

“Kebanyakan mereka terpaksa berpengkalan di hospital untuk mendapatkan perlindungan,” katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres berkata, para wartawan yang bertugas di kawasan konflik itu kini berdepan risiko yang sangat tinggi.

Guterres berkata, wartawan juga telah membayar harga yang sangat tinggi dengan menggadaikan keselematan mereka demi untuk menyalurkan kebenarann kepada dunia.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga wartawan yang terkorban,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button