Luar Negara

1 maut, 10 cedera insiden letupan di pusat beli-belah

TAICHUNG, Taiwan – Seorang disahkan maut manakala 10 lagi tercedera dalam insiden letupan di Pusat Beli-belah Shin Kong Mitsukoshi, kira-kira pukul 11.33 pagi tadi (waktu tempatan), lapor portal Focus Taiwan.

Empat mangsa kelihatan tercampak keluar dari tingkat 12 gedung beli-belah tersebut, kata Biro Bomba Taichung, yang memetik saksi kejadian.

Biro tersebut menerima laporan mengenai letupan itu pukul 11:33 pagi tadi dan segera menghantar pasukan bomba serta ambulans ke lokasi kejadian.

Pasukan perubatan menjangkakan, angka kematian akan meningkat berikutan mangsa yang ditemui cedera semuanya berada dalam keadaan kritikal.

Setakat berita ini ditulis, usaha menyelamat masih diteruskan dan punca letupan masih belum disahkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button