LIMA ’25: Rosoboronexport bawa pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57E
MOSCOW – Konsortium pertahanan Russia, Rosoboronexport mengesahkan akan mempamerkan pesawat pejuang generasi kelima, Su-57E, semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) 2025 di Malaysia.
Pengesahan ini merupakan satu berita baik bukan sahaja buat peminat aeroangkasa, tetapi juga pemerhati pertahanan tempatan dan rantau ini.
“Pada Pameran LIMA tahun ini, Rosoboronexport akan mempamerkan pesawat pejuang generasi kelima terbaharu Rusia, Su-57E, yang dijangka menarik minat bukan sahaja pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), malah juga negara-negara lain di Asia Tenggara.
“Kelebihan utama pesawat ini berbanding pesaingnya adalah pengalaman dalam pertempuran sebenar, termasuk menghadapi serangan udara moden, sistem pertahanan udara (PVO), dan peperangan elektronik (REB),: kata konsortium tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.
LIMA edisi tahun ini akan turut menyaksikan demonstrasi pesawat pejuang Su-35C dan Su-30SM oleh pasukan aerobatik “Russian Knights”.
“Selain itu, pengunjung akan dapat juga melihat pesawat pengangkut Il-76MD-90A(E), yang mampu membawa muatan seberat 60 tan sejauh 4,000 km.
“Pesawat ini boleh digunakan untuk mengangkut anggota dan peralatan tentera, melakukan penerjunan pasukan dan kargo, serta boleh diubah suai dengan cepat kepada versi pemadam kebakaran atau hospital tentera,” katanya lagi.
Selain itu, turut dipamerkan, helikopter tempur Russia, Ka-52E dan Mi-28NME, serta helikopter pengangkut tentera Mi-171Sh
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




