LUAR NEGARA

Letusan Gunung Ruang boleh cetus Tsunami 25 meter

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia memberi amaran bahawa tsunami yang disebabkan oleh letusan gunung berapi Ruang di Sulawesi boleh mencetuskan tsunami setinggi 25 meter.

Ketua Pasukan Kerja Gunung Berapi, Heruningtyas berkata, limpahan larva dan letusan yang jatuh ke laut boleh menyebabkan air laut meningkat dan mencetuskan gelombang tsunami yang dahsyat.

“Antara kawasan yang berisiko paling tinggi adalah di Pulau Tagulandan dan penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari gunung berapi berkenaan,” katanya lapor agensi berita tempatan.

Jangkaan itu menurut Heruningtyas tidak mustahil berdasarkan letusan gunung tersebut pada 1871 yang mencetuskan tsunami setinggi lebih 20 meter dan mengorbankan 400 nyawa.

Justeru katanya, penduduk yang tinggal dalam kawasan amaran terutama di kawasan pantai harus mengurangkan risiko.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button