BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lelaki tipu identiti sebagai wanita, rakam aksi seks dan jual secara rahsia

NANJING – Seorang lelaki di China dipercayai memperdaya ratusan lelaki dengan menyamar sebagai wanita sebelum menjalinkan hubungan seksual, merakam aksi tersebut secara rahsia dan menjualnya dalam talian.

Menurut kenyataan pihak polis, suspek yang dikenali sebagai Jiao, 38 tahun, disyaki terlibat dalam lebih 1,600 hubungan seksual sejak beberapa tahun lalu.

“Dia dilaporkan menyamar dengan memakai rambut palsu, bersolek, mengenakan pakaian wanita dan mengubah nada suara bagi meyakinkan mangsa bahawa dirinya seorang wanita.

“Rakaman itu dijual kepada kumpulan tertentu dalam talian dengan harga sekitar 150 yuan (RM98). Kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka sedang dirakam,” katanya.

Kediaman suspek turut dipasang dengan beberapa kamera tersembunyi di pelbagai sudut yang digunakan untuk merakam aktiviti intim secara senyap tanpa pengetahuan mangsa.

“Kes ini terbongkar selepas beberapa mangsa mengenal pasti diri mereka dalam rakaman yang tersebar di platform media sosial termasuk Weibo,” jelasnya.

Insiden itu telah menyebabkan tekanan emosi yang serius kepada mangsa, selain rasa malu apabila identiti mereka dikenal pasti oleh rakan atau ahli keluarga.

Dalam kebanyakan kes, suspek tidak menerima sebarang bayaran tunai, sebaliknya memperoleh pelbagai bentuk ‘hadiah’ seperti buah-buahan, susu dan barangan keperluan lain sebagai balasan.

“Kami sedang meneliti sejauh mana penyebaran rakaman ini memberi kesan kepada mangsa, bukan sahaja dari sudut undang-undang tetapi juga kesihatan awam,” ujarnya.

Susulan pendedahan tersebut, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Nanjing memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya penularan penyakit jangkitan seksual, mengambil kira bilangan individu yang terlibat dan tahap pendedahan terhadap hubungan tidak selamat.

“Antara jangkitan yang dibimbangi termasuk HIV, sifilis dan klamidia. Kami menyediakan saringan kesihatan percuma kepada mana-mana individu yang berkemungkinan terlibat dalam hubungan dengan suspek,” ujarnya.

Bagaimanapun, maklumat perubatan suspek tidak akan didedahkan kepada umum demi menjaga kerahsiaan perubatan.

“Kami menyeru sesiapa yang pernah berhubung dengan suspek supaya segera tampil untuk mendapatkan nasihat dan menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, pihak polis memberi amaran tegas kepada orang awam agar tidak menyebarkan semula sebarang rakaman atau gambar berkaitan mangsa.

“Tindakan menyebarkan semula kandungan terbabit bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menambah penderitaan emosi kepada individu terlibat,” jelasnya.

Siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti skop sebenar kegiatan itu termasuk kemungkinan penglibatan pihak lain dalam pengedaran bahan lucah tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button