
Lelaki disyaki dibaham buaya ketika memancing di Sungai Maong
KUCHING – Seorang lelaki dipercayai maut selepas diserang seekor buaya ketika sedang memancing di Sungai Maong Paroh, Jalan Matang-Kampung Paroh, semalam.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Jacob Tuan, 32, dilaporkan sedang memancing di tebing sungai pada pukul 10 malam sebelum dilihat diseret ke dalam air oleh reptilia terbabit.
“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Batu Lintang digerakkan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bagaimanapun, katanya, pasukan penyelamat berdepan kesukaran untuk tiba ke lokasi kejadian berikutan keadaan jalan yang gelap dan dipenuhi semak samun.
“Hasil perbincangan bersama pihak polis serta agensi terlibat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah malam dan disambung semula pagi ini,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








