BERITA SEMASASUKAN

Lebih 11,000 sertai Navy Run 25 sempena KL Car Free Morning

KUALA LUMPUR – Lebih 11,000 peserta membanjiri Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini bagi menyertai program Navy Run 25 anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena KL Car Free Morning.

Program yang memasuki edisi ketiga itu mendapat sambutan hangat daripada warga The Navy People, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran serta masyarakat awam sekitar ibu kota.

Antara lebih 11 ribu peserta Navy Run yang membanjiri kota Kuala Lumpur pagi ini.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain.

Menurut TLDM, program tersebut bertujuan mempromosikan peranan dan imej pasukan itu di samping memperkukuh hubungan strategik antara warga tentera dan masyarakat awam.

“Selain menggalakkan gaya hidup sihat, program ini turut menjadi platform memperkenalkan TLDM secara lebih dekat kepada rakyat,” kata kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan seperti senamrobik, persembahan Pancaragam Pusat TLDM serta cabutan bertuah kepada para peserta larian.

Zulhelmy turut menzahirkan penghargaan atas sokongan semua pihak yang menjayakan program berkenaan.

“Saya bersyukur dengan kejayaan penganjuran Navy Run 25 dan berterima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan acara ini,” katanya lagi.

TLDM turut memaklumkan bahawa program tersebut dirancang untuk diteruskan sebagai acara tahunan, dan dijangka akan diadakan semula pada awal Ogos tahun depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button