LCS 1 dijadual ditauliah Disember ini – Mohamed Khaled
KUALA LUMPUR – Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) dijangka ditauliahkan lewat empat bulan daripada jadual asal pada Ogos tahun ini, iaitu pada Disember, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled berkata, menurut maklumat daripada Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), kemajuan semasa bagi LCS 1 kini berada pada 82.9 peratus, berbanding sasaran asal 96.52 peratus.
Beliau menjelaskan, kemajuan projek pembinaan kapal itu merangkumi pembinaan struktur kapal, pemasangan peralatan utama serta integrasi sistem kapal.
Meskipun terdapat kelewatan berbanding jadual asal, Mohamed Khaled berkata, LCS 1 telah berjaya diluncurkan ke air dan kini berada dalam fasa pemasangan serta integrasi sistem utama.
“Fasa ujian laut bagi kapal LCS 1 di peringkat limbungan bermula sejak 20 Januari 2026 dan seterusnya akan memulakan pelayaran pertama pada 28 Januari 2026 (hari ini) bagi tujuan pengujian sistem jentera, janakuasa, sistem penghawa dingin dan sistem ‘propulsion’ (pendorongan).
“Proses ini adalah permulaan bagi memastikan kapal LCS 1 berkeupayaan untuk belayar di lautan, manakala persediaan platform dan peralatan sedang giat dilaksanakan untuk membolehkan percubaan di laut secara penuh dimulakan pada awal April 2026,” katanya.
Baca juga : Pecah amanah projek LCS : Bekas Pengarah Urusan BNS dilepas tanpa dibebaskan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai status prestasi LC1 KD Maharajalela dan sama ada kapal itu akan dapat ditauliahkan mengikut jadual seawal Ogos 2026, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








