LUAR NEGARA

Langgar undang-undang data EU, Meta didenda EUR1.2 bilion

BERLIN – Syarikat induk Facebook, Meta didenda sebanyak EUR1.2 bilion (RM$5.91 bilion) kerana melanggar undang-undang data Kesatuan Eropah (EU).

Kes itu berkaitan keterlibatan Facebook dalam pengawasan massa oleh agensi perisikan Anglo-Amerika, yang didedahkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden.

Perkara itu dilaporkan agensi berita Jerman (DPA) yang memetik pihak berkuasa perlindungan data, Ireland DPC.

Menurut DPC, Meta telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Am EU.

DPC adalah badan bebas yang bertanggungjawab menegakkan hak asasi individu di negara-negara Eropah bagi melindungi data peribadi pengguna.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pemilik Meta, Mark Zuckerberg.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button