Laman web Caghi.com disekat sejak 2022 – Fahmi
PUTRAJAYA – Laman sesawang Caghi.com yang tular baru-baru ini kerana didakwa membocorkan data peribadi rakyat Malaysia sebenarnya telah disekat sejak Jun 2022.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pengesahan berhubung perkara itu dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Untuk maklumat yang lebih terperinci dan terkini, boleh rujuk dengan pihak MCMC tapi memang saya boleh sahkan laman web tersebut telah disekat oleh MCMC sejak Jun 2022,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Kabinet semalam.
Terdahulu, tular di Facebook mengenai seorang pengguna yang mendakwa maklumat peribadi rakyat Malaysia telah bocor di laman berkenaan.
Antara yang didedahkan ialah nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, rekod pendaftaran serta lesen kenderaan, selain maklumat sulit perbankan dan butiran perniagaan.
Malah, turut dipaparkan nombor pengesahan kad (CVV) tiga digit pada bahagian belakang kad debit atau kredit yang didakwa boleh diakses secara terbuka oleh orang ramai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


